4.12.2018

Itenary Krabi 2018 Part 1

So this entry pasal itenary dekat Krabi masa hari pertama. 

25 Mac 2018
11.00 pagi.
Arrived KLIA2
Kitorang naik grab je dari Cheras. RM70 ok lah kan. Boleh je kalau nak park dekat Putrajaya Sentral tapi memikirkan kos lebih kurang and lebih selamat park kereta kat rumah. So lagi baik naik grab je.
Eventhough flight ke Krabi pukul 1.30 pm tapi takpelah.. Sampai awal takdelah risau kalau ade masalah lain nanti. Paling takut kalau jalan jem.   

1.30pm
Flight depart. 
Perut pulak dah berzapin tahan lapar. Luckily kitorang ade beli meal dalam flight sebab sejenis tak boleh berlapar. Alhamdulillah pilihan yang bijak. In case kalau korang lupe nak beli meal/pada awalnya decide tak nak beli, boleh je beli in flight. Cuma harga agak pricey and semua menu tak semestinya ada dalam flight tu. 





Lepas dah isi perut, kenalah pulak isi borang immigration untuk masuk ke Thailand. Form ni flight attendant akan bagi masa dalam flight untuk diisi. Make sure semua part diisi. Dekat departure tu pun kena diisi juga. Hint: Bawa pen so nanti tak perlu untuk beratur dekat immigration Thai.


Arrived Krabi
1.30 pm - Waktu Krabi
Flight to Krabi sejam lebih. So basically kalau waktu malaysia kitorang smp Krabi pukul 2.30pm tapi kalau waktu kat krabi pukul 1.30pm. Magik kan. Haha. 

Sampai je airport terus kat immigration tu. Dari start flight nak landed dah boleh la standby passport & borang immigration thai tu.

Misi mencari simcard Thailand.
Dekat airport ni akan ade satu kedai simcard dekat pintu keluar dari airport Krabi. Masa kami sampai tu ada promotion harga simcard tu 100bhat untuk 7 hari. So why not kan. Untuk mengelakkan simcard tak boleh guna, make sure minta orang kedai tu yang setting everything and lepastu try guna internet. On ke tak on. Heh. Internet kat Thai memang superb sampaikan dekat pulau pun internet kemain laju. 

Dekat kedai simcard ni juga ada pakej island hoping. Sebenarnya kitorang da buat few survey sebelum pergi. Normally harga island hoping 7 pulau dalam 1200bhat-1500bhat seorang (Termasuk harga National Park) 

Apa itu National Park? - Kalau korang just beli pakej island hoping takde National Park means korang tak boleh turun dari bot sepanjang island hoping. Hah. Kan tak best cenggitu. So beli la pakej island hoping complete dengan National Park fee. 
 
Based on review, pakej island hoping termurah boleh dapat dekat area Aonang Beach. Tapi memandangkan kitorang cam malas nak cari last minit, so kitorang decide beli dekat kedai simcard tu je sebab harga murah juga. 750bhat +400bhat (National Park). So total 1150 bhat seorang. Murah kan? Inilah rezeki namanya. 

Apa ada dalam pakej? 


Lepas dah habis beli simcard dan pakej island hoping, kitorang pun beli tiket bas untuk ke Krabi Town. Nak ke Krabi Town tak jauh sangat. dalam 20KM je. Kalau naik taxi adalah dalam 350bhat, naik bas 90bhat seorang. So, better lah naik bas. Lebih JIMAT lagi penting. 

Tapi yang tak bestnya bile naik bas ni driver bas akan tunggu sampai bas penuh baru boleh gerak. Dasar penjimatan la kot. Masa kami sampai dekat bas, bas da hampir penuh and ada seorang lady ni dah naik hangin sebab dah tggu hampir sejam and bas still tak bergerak. 

si boyfriend sedang menenangkan girlfriend yang naik hantu bas belum bergerak selepas sejam menunggu
mode makcik  bawang ON

Luckily kami cuma tunggu dalam 15minit and lepas tu bas gerak sebab dah betul2 penuh. Bas ni die akan berhenti dekat bus station die and bukannya dekat hotel yang kita nak pergi. Lepastu kenalah jalan kaki ke hotel sendri guna google map or map lain yang ada. 

City Hotel Krabi
4.00 PM

Hilang penat berjalan cari hotel bila tengok bilik hotel ni. CANTIK BERSIH. Part paling best bila Night Market yang famous tu cuma belakang hotel ni je. Begitu dekat. Belah depan hotel pulak ada jual pasar buah and ada peniaga muslim jual nasi berlauk. SUPERB.

Info dari staff hotel tu Night Market start pukul 6.00pm. So kitorang rehat dulu. 

Weekend Night Market - Krabi Town
6.00 Pm

Misi mencari makanan sebab perut dah mula lapar balik. Bestnya night market sebab souvenir banyak sangat and harga murah2. Tapi, yang penting bagi kitorang adalah makanan. Haha. Tapi sebab yang paling famous dekat Krabi adalah pancake, so misi mencari pancake adalah SANGAT penting. 

Kakak pancake

Nutella Pancake. Sedap!


Aiskrim. Tapi tak beli pun. 

Masa beli pancake ni kami tanye dekat kakak yang jual tu mana nak cari Halal Somtum. Tapi dia kata Krabi Town agak susah nak dapat Halal Food. Kedai yang ada Halal logo pun tak banyak. So kami cari restaurant Halal yang lain berdekatan situ. 





The famous one. Abdullah Halal Food.


To be continue






4.09.2018

Trip to / Bercuti di Krabi 2018

This time nak share pasal trip to Krabi on 25 to 28 Mac 2018

Banyak sangat sweet & sour moments kat sana.
But its okay since this is our first trip backpackers kat negara orang. So buang yang keroh ambil yang jernih. Heh.

Planning
Kitorg start planning pegi Krabi since mid 2017 and kebetulan Air Asia buat promo September 2017 tapi trip on Mac 2018. Lama kan? Nak tiket murah jadi kena la banyak bersabar menunggu masanya tiba. Heh.


So total RM279.60 untuk 2 orang (return ticket) . Kalau seorang lebih kurang RM140. Murah kan? Tapi biasalah benda murah tak complete. As we noticed, Air Asia promo x include baggage, xde meal on flight, xde insurance. So what we do? kitorang bayar sikit2. So takde la rasa beban sangat nak bayar lumpsum complete everything kan.  So total complete ticket, insurance, meal, seat RM419.60 


Research & Survey
Sejak beli ticket flight kami da start baca banyak blog tentang trip to Krabi. Penting sangat untuk baca sebab kita bole decide awal2 what to do in Krabi. Dalam kepala da doq pikir pasal island hoping since all the review kata pulau Krabi ni cantik2. so why not kan!

Accomodation
The best place to stay in Krabi is Ao Nang. Jangan la pilih hotel yang jauh dari Ao Nang sebab nanti korang akan susah nak pegi ke pantai. Kat tepi pantai ni la yang berlambak kedai makan, souvenir shop. So hotel yang kitorang pilih dekat Ao Nang is Pranang Flora Hotel (murah, bersih dan lokasi yang sangat perfect)
Hotel RM100.87/night. Selalunya kalau book hotel ni kitorg pilih Traveloka sebab paling murah so far & kalau bernasib baik siap ada extra discount lg. Hint - Klik dekat promotion Traveloka tu)
Kalau plan untuk stay  Krabi Town pilih hotel dekat dengan Night Market. Senang nak cari makanan. Night market krabi town pun menari k sebab banyak souvenir boleh beli kat sini.
Yang penting survey betul2 dulu lokasi hotel tu. Guna google maps untuk lebih jelas. Heh. 





Dari Krabi City Hotel nak ke Night Market

Dari Pranang Flora House nak ke Pantai Ao Nang. Hotel ni dekat sangat dengan masjid. Senang cari makanan halal & harga souvenir murah.


Do Some Budgeting
Kenapa bajet penting? Supaya korang tak over spend sampai tak cukup duit kat tempat orang. Kitorg bajet 10,000 bhat untuk kos kat sana (exclude hotel, flight tiket yang da siap2 bayar kat malaysia)



To be continue..

4.16.2012

Melaka Bandaraya Bersejarah


Salam 1 Malaysia
Melaka Negeriku Sayang
Bandar Teknologi Hijau
Melaka 750 tahun

Eceh.ceh.Intro lain mcm sgt.
Hari ni satu Melaka cuti sempena Hari Melaka Bandaraya Bersejarah semalam.
Disebabkan 15 April hari Ahad, so hari ni cuti la.tu pon nak explain

Sebagai anak Melaka yang cintakan Negerinye, so this entry will be totally about Melaka okeh. Kelass ko!
Ada orang kata.. 
Kalau nak jalan-jalan kat Negeri yang paling banyak sejarah, Melaka la tempatnya. basic knowledge
Kalau nak shopping2 pon oke je kat Melaka same je mcm Key Ell tu.
Jem roti kat Melaka ni pon da same level cm Key Ell.
Lately, if nak jalan2 i wont choose weekend. Jem mak datuk! 

To those yang minat sejarah mcm I, should know bout Parameswara, Hang Tuah, Pokok Melaka sekadar beberapa nama
Hmm.. da karat plak memory psl Melaka ni.
Jom baca-baca sikit pasal Melaka.Ne tau korg dapat interview kat Melaka nanti kan. mood interview da sampai


Bendera Melaka 
Bendera Melaka de 4 warna je. 
Meaning for the symbols & colors? Kindly read text book Sejarah Form 1.tettt..

Melaka takde Menteri Besar. We just have Chief Minister (CM)
Melaka ada 9 CM.
Tapi rasenye yang paling famous amos among the others mestilah
Y.A.B. Datuk Seri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam. jgn tipu ckp xkenal

Masa sekolah dulu kalau tak tido & main-main time kelas Sejarah for sure la korg tau pasal Sultan Melaka.
Sultan Melaka ada 8 semuanya. Start dengan Parameswara @ Raja Iskandar Shah and end up with Sultan Mahmud Shah.
Sedikit epik bila Melaka yang terkenal dengan kesultanan melayu Melaka tapi now xbersultan kan.
*soalan ni selalu kawan2 dari Negeri lain suka tnya*
Since Melaka tak de Sultan, kitorang ada TYT. google kalau nak tahu


oke, enough about history.
Little bit info kalau nak datang shopping kat Melaka.
To those yang suka barang-barang branded cam Roxy,MNG sila lah ke Dataran Pahlawan



Kalau nak teman mak beli handbag Sembonia, Carlo Rino or Bonia sila hayunkan kaki anda ke Mahkota Parade.
Memang kalau tourists datang Melaka memang tu la tempatnya.
and kitorang ni terpaksa la ke AEON. Sedih sgt! Nasib baik baru & ada J.co. hmm.. diet



Kalau nak makan sedap-sedap tu, sila bawa GPS dan pandu kereta anda ke Umbai Ikan Bakar.yummehh.


Kalau nak makan asam pedas, tekan GPS anda dan type Asam Pedas Kota Laksamana.
Kalau nak datang Melaka tapi makan McD, baik tak payah datang!*joke*

Kalau datang Melaka and nak mandi mande bersame keluarge, 1 je kot Pantai yang masih bersih yakni masih boleh buat-buat tertelan air lautnye, Tanjung Bidara. 
Kalau nak bayar duit sikit Wonderland ok!


 Takpun Water World! Tapi better Wonderland game situ up to date sikit.*baru buat katekan*



If just nak lepak sambil baling-baling batu, silalah buat begitu di Pantai Klebang ataupun Pantai Eyes On Malaysia. Name nak mcmtu tapi Eyes on Malaysia da kena cabut da pon. hehe


Oke. Mesti teruja nak datang Melaka next week kan?
Welcome to Melaka :))


11.28.2011

umur hanya angka

situation 1: bila doktor kelirurururu
doktor: sekolah tingkatan brapa?
me: emmm..tak sekolah da..
doktor: baru abis spm?
me: hukhuk*batukbatuk kecil* x..uitm.
doktor: ooo...

situation2: bila lama tak jumpa
makcik baubau bacang: da besar da budak ni.form 5 ke?
me: *form 5 tu kire besar ke?* xla..da 23 makcik..
makcik baubau bacang:ooo..da bole kawen da.
me: dalam hati "tibetibe je bole kwen plak!"

situation3:bila cari pasal
cashier piza: *sambil memandang bgtau piza da bole take & blah* ni da siap yee.
me: ok.hw much?
cashier piza: RM bla..blaa..
me: nah..
cashier piza: ni balance die.terime kasih puan. datang lagi.
me: siottttttttt.......

11.10.2011

Coral Wonderland Malacca

fuhyoo.lame gile tak update blog.
lamenye.bz sgt ngn study smp xde mase nk update.sbb tu la tanak jd PM, mst lagi xde mase.hehehe.
dalam bz-bz tu tak sedar melaka ni da makin byk bnd baru.dengan shopping complex yg berlambak-lambak, dengan hotel sana sini mcm tourists banyak sangat,roller world, n yg latest Coral Wonderland Melaka.
tempat ni same je cam underwaterworld kt langkawi. 
harga die pun agak reasonable laa.tp kene la bring along student card baru dpt discount spoloh hinggit.hikhik.
takde istilah membazir or tak berbaloi sbb bole tengok macam2 spesis haiwan dalam air yg ade kt sane.
and at the end korg akan rase mabuk sbb byk sgt ikan kat sane.ini serius dong.

haiwan yg boleh dipegang(kl nak, pegang laa..uhh) and siap ade org tolg bg info :)










ade lah dlm 20 spesis yg boleh pgng.yg lain2 tu ade dlm aquarium.
























beside haiwan yg hidup di air, ade jugak la haiwan yg emm..xde kaitan ngn air.oh..myb sbb haiwan ni perlukan air untuk hidup?oke.alasan diterima.