4.12.2018

Itenary Krabi 2018 Part 1

So this entry pasal itenary dekat Krabi masa hari pertama. 

25 Mac 2018
11.00 pagi.
Arrived KLIA2
Kitorang naik grab je dari Cheras. RM70 ok lah kan. Boleh je kalau nak park dekat Putrajaya Sentral tapi memikirkan kos lebih kurang and lebih selamat park kereta kat rumah. So lagi baik naik grab je.
Eventhough flight ke Krabi pukul 1.30 pm tapi takpelah.. Sampai awal takdelah risau kalau ade masalah lain nanti. Paling takut kalau jalan jem.   

1.30pm
Flight depart. 
Perut pulak dah berzapin tahan lapar. Luckily kitorang ade beli meal dalam flight sebab sejenis tak boleh berlapar. Alhamdulillah pilihan yang bijak. In case kalau korang lupe nak beli meal/pada awalnya decide tak nak beli, boleh je beli in flight. Cuma harga agak pricey and semua menu tak semestinya ada dalam flight tu. 





Lepas dah isi perut, kenalah pulak isi borang immigration untuk masuk ke Thailand. Form ni flight attendant akan bagi masa dalam flight untuk diisi. Make sure semua part diisi. Dekat departure tu pun kena diisi juga. Hint: Bawa pen so nanti tak perlu untuk beratur dekat immigration Thai.


Arrived Krabi
1.30 pm - Waktu Krabi
Flight to Krabi sejam lebih. So basically kalau waktu malaysia kitorang smp Krabi pukul 2.30pm tapi kalau waktu kat krabi pukul 1.30pm. Magik kan. Haha. 

Sampai je airport terus kat immigration tu. Dari start flight nak landed dah boleh la standby passport & borang immigration thai tu.

Misi mencari simcard Thailand.
Dekat airport ni akan ade satu kedai simcard dekat pintu keluar dari airport Krabi. Masa kami sampai tu ada promotion harga simcard tu 100bhat untuk 7 hari. So why not kan. Untuk mengelakkan simcard tak boleh guna, make sure minta orang kedai tu yang setting everything and lepastu try guna internet. On ke tak on. Heh. Internet kat Thai memang superb sampaikan dekat pulau pun internet kemain laju. 

Dekat kedai simcard ni juga ada pakej island hoping. Sebenarnya kitorang da buat few survey sebelum pergi. Normally harga island hoping 7 pulau dalam 1200bhat-1500bhat seorang (Termasuk harga National Park) 

Apa itu National Park? - Kalau korang just beli pakej island hoping takde National Park means korang tak boleh turun dari bot sepanjang island hoping. Hah. Kan tak best cenggitu. So beli la pakej island hoping complete dengan National Park fee. 
 
Based on review, pakej island hoping termurah boleh dapat dekat area Aonang Beach. Tapi memandangkan kitorang cam malas nak cari last minit, so kitorang decide beli dekat kedai simcard tu je sebab harga murah juga. 750bhat +400bhat (National Park). So total 1150 bhat seorang. Murah kan? Inilah rezeki namanya. 

Apa ada dalam pakej? 


Lepas dah habis beli simcard dan pakej island hoping, kitorang pun beli tiket bas untuk ke Krabi Town. Nak ke Krabi Town tak jauh sangat. dalam 20KM je. Kalau naik taxi adalah dalam 350bhat, naik bas 90bhat seorang. So, better lah naik bas. Lebih JIMAT lagi penting. 

Tapi yang tak bestnya bile naik bas ni driver bas akan tunggu sampai bas penuh baru boleh gerak. Dasar penjimatan la kot. Masa kami sampai dekat bas, bas da hampir penuh and ada seorang lady ni dah naik hangin sebab dah tggu hampir sejam and bas still tak bergerak. 

si boyfriend sedang menenangkan girlfriend yang naik hantu bas belum bergerak selepas sejam menunggu
mode makcik  bawang ON

Luckily kami cuma tunggu dalam 15minit and lepas tu bas gerak sebab dah betul2 penuh. Bas ni die akan berhenti dekat bus station die and bukannya dekat hotel yang kita nak pergi. Lepastu kenalah jalan kaki ke hotel sendri guna google map or map lain yang ada. 

City Hotel Krabi
4.00 PM

Hilang penat berjalan cari hotel bila tengok bilik hotel ni. CANTIK BERSIH. Part paling best bila Night Market yang famous tu cuma belakang hotel ni je. Begitu dekat. Belah depan hotel pulak ada jual pasar buah and ada peniaga muslim jual nasi berlauk. SUPERB.

Info dari staff hotel tu Night Market start pukul 6.00pm. So kitorang rehat dulu. 

Weekend Night Market - Krabi Town
6.00 Pm

Misi mencari makanan sebab perut dah mula lapar balik. Bestnya night market sebab souvenir banyak sangat and harga murah2. Tapi, yang penting bagi kitorang adalah makanan. Haha. Tapi sebab yang paling famous dekat Krabi adalah pancake, so misi mencari pancake adalah SANGAT penting. 

Kakak pancake

Nutella Pancake. Sedap!


Aiskrim. Tapi tak beli pun. 

Masa beli pancake ni kami tanye dekat kakak yang jual tu mana nak cari Halal Somtum. Tapi dia kata Krabi Town agak susah nak dapat Halal Food. Kedai yang ada Halal logo pun tak banyak. So kami cari restaurant Halal yang lain berdekatan situ. 





The famous one. Abdullah Halal Food.


To be continue






No comments:

Post a Comment